Rahsia Buat Bisnes Aiskrim

Aiskrim memang merupakan salah satu kegemaran ramai orang tak kira la dimana. Seluruh dunia amat menggemari aiskrim, cuma yang membezakan aiskrim adalah perisanya dan juga keenakan dan juga kelembutan tekstur aiskrim itu sendiri. Ada aiskrim yang murah dan ada juga yang mahal sangat sampai RM30-RM50 bagi semangkuk aiskrim sahaja.



Oleh sebab itu ramai yang berminat untuk menjadi usahawan aiskrim.Di Malaysia, ada banyak jenis aiskrim yang amat popular. Ada aiskrim mangkuk, aiskrim goyang, ada juga aiskrim pop, dan juga aiskrim Malaysia yang paling popular sekali. Sangat senang nak buat aiskrim Malaysia ni. Beli je plastik aiskrim cap Kingkong macam dalam gambar ni, isikan sahaja air yang diinginkan..masuk je dalam peti sejuk dan boleh start jual dah. 



Harga aiskrim Malaysia sekarang pun tak macam dulu. Kalau dulu 10 sen - 20 sen je bagi sebatang aiskrim Malaysia ni, tapi sekarang boleh capai sehingga RM1.00 bagi sebatang aiskrim. Tambah pula sekarang ni dah semakin trending aiskrim jenis sumi jelly tu. Ramai yang dah mula jual dimana-mana. Modal kecil, tapi untung besar..siapa tak nak buat bisnes macam ni kan.

Ada lagi satu jenis aiskrim iaitu aiskrim yang dibeli di kilang aiskrim, dan kita jual dalam bentuk roti aiskrim ataupun dalam bentuk kon aiskrim. Ini yang kita lihat sekarang ini ada di taman-taman perumahan. Sudah tentu sasaran paling utama adalah kanak-kanak yang begitu gemar akan aiskrim roti ataupun aiskrim jenis kon ni. Paling lumayan kalau masa cuti sekolah, anda boleh singgah di kenduri kahwin, dan hanya bunyikan loceng 3-4 kali dan dah tentu ada yang nak beli. Tambah pula kalau musim panas. Biasanya kenduri kahwin pun dibuat pada waktu tengah hari, memang kena timing tu, tak gitu.

Buat Bisnes Aiskrim Jana 5 Angka Sebulan Bukan Mustahil

Ada banyak bisnes model untuk menjual aiskrim ini. Tapi masih belum ramai yang mengetahui disebaliknya bagaimana nak dapatkan keuntungan yang tinggi hasil penjualan aiskrim ini. Jadi Panduan Bisnes Aiskrim merupakan panduan terbaik bagi mereka yang ingin memajukan lagi bisnes aiskrim mereka ataupun baru nak mulakan bisnes yang mungkin tak tahu lagi nak mulakan bisnes apa. Kalau anda juga minat makan aiskrim, janganlah sampai habis aiskrim tu anda kerjakan sebab tak tahan tengok aiskrim yang sedap tu. Tapi takkanlah penjual aiskrim tak boleh makan aiskrim juga kan? Tak salah, tapi kalau dah sampai rugi tu, bukan berniaga namanya.



Kalau nak tahu saudara Afiq Rusly telah menerbitkan sebuah panduan yang amat berguna bagi mereka yang ingin memulakan bisnes aiskrim secara fulltime ataupun part time. Kalau buat part time pun dah boleh dapat untuk berlipat kali ganda, apatah lagi kalau anda buat secara serius.

Jika anda benar-benar ingin menambahkan pendapatan hanya buat kerja part time je ini merupakan salah satu bisnes yang sangat power dan berkesan. Ikut sahaja strategi yang telah diberikan dalam ebook bisnes aiskrim ini dan insyallah dengan usaha dan doa anda, akan beroleh keuntungan yang anda inginkan. Apa yang penting dalam bisnes adalah strategi yang betul, walaupun terasa susah pada mulanya, tetapi apabila anda dah dapat momentumnya, anda tak akan berpatah kembali. Jadi mulakan langkah pertama anda sekarang dengan membuat pelaburan ilmu yang sedikit ini dengan mendapatkan Panduan Bisnes Aiskrim melalui link dibawah sekarang.

Latest
Previous
Next Post »